Thursday 15 March 2012

Pengiktirafan terhadap Umar bin Abdul Aziz



Hadis Nabi S.A.W
"Allah akan mengirimkan seorang mujahid (orang yang memperbaharui urusan agamanya) setiap seratus tahun"
Ijtima' ulama bersepakat mengatakan bahawa untuk kurun pertama Hijrah, Umar ibn Abd Aziz merupakan mujaddid pada kurun tersebut.
Hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Adi ibn Hatim sebelum beliau menjadi Muslim
"Adi ibn Hatim. Barangkali yang menghalangi engkau memasuki Islam adalah dengan kemelaratan kaum muslimin. Akan tiba masanya nanti di suatu zaman di mana seluruh umat Islam tidak layak menerima zakat lantaran kekayaan yang telah mereka miliki"
Berkata Adi ibn Hatim setelah dia menjadi seorang Muslim
"Aku telah melihat dua perkara yang dinyatakan oleh Nabi dan aku bersumpah perkara ketiga mengenai kekayaan umat Islam pasti berlaku"
Yahya ibn Said (salah seorang gabenor ketika pemerintahan Umar ibn Abd Aziz) menceritakan pengalamannya
"Umar ibn Abd Aziz telah mengutus aku ke Afrika Utara untuk membahagi zakat. Lalu kucari fakir miskin di sana tetapi tiada seorang pun yang layak digelar fakir miskin. Khalifah Umar benar-benar telah menjadikan rakyatnya kaya"
Pemimpin Bani Abbasiyyah mengatakan
"Kami dapat menandingi kerajaan Bani Ummaiyyah dalam semua hal kecuali 4 perkara. Salah satunya ialah tiada orang seperti Umar ibn Abd Aziz dari kalangan kami buat selama-lamanya"

No comments:

Post a Comment